Pages

Thursday 8 October 2015




KAMI DARI GROUP 8 :

SITI NOR FAZILA BINTI ABDULLAH                   19DHP14F1041
NURUL NAEMAH BINTI ZULKIPLE                     19DHP14F1030
SITI KHALIJAH BINTI ZONASKI                           19DHP14F1036
NURAZLINA ASMIDA BINTI MOHD ZAKI          19DHP14F1006
NUR FADHILAH AYU BINTI AMIR                       19DHP14F1049
NUR ATIQAH BINTI ROSLI                                     19DHP14F1048



KELAS : DHP3A
SUBJEK : TAMADUN ISLAM
PENSYARAH : USTAZ MOHD TAHA BIN RULAM AHMAD

SUBJEK

PENGENALAN ZAKAT


Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat. Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah lebih sesuai diletakkan sebagai rukun Islam ketiga. Hujahnya, zakat sudah diseru oleh Allah SWT sejak zaman Mekah lagi. Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai rukun ketiga selepas daripada solat.Lagi pun di dalam al-Quran sendiri, Allah SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat. Ada 30 ayat semuanya. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.





Saturday 19 September 2015

TUJUAN ZAKAT

1. Untuk mengagihkan kekayaan masyarakat agar tiada ahli masyarakat yang miskin kepapaan dan hidup melarat.
2. Menyucikan jiwa dari sifat kikir.
3. Mengangkat darjat miskin fakir.
4. Membentangkan dan membina tali persaudaraan sesama umat islam dan manusia.
5. Mengembangkan rasa tanggungjawab sosial pada diri seseorang, terutama bagi yang berharta.
6. Mengubati hati dari cinta dunia.
7. Zakat merupakan manifestasikan syurga atas nikmat Allah.
8. Mengelakkan jurang si kaya dengan si miskin di dalam masyarakat.
9. Menghilangkan sifat dengki dan iri (kecemburuan sosial) dari hati orang miskin.
10. Mendidik manusia untuk berdisiplin menunaikan kewajipan dan menyerahkan hak orang lain padanya.








FUNGSI ZAKAT

  1. Untuk membantu fakir dan miskin berhajat
  2. Zakat mampu meningkatkan permintaan barang keperluan
  3. Zakat adalah penyertaan seseorang yang adil dan membantu golongan yang kurang bernasib baik
  4. Zakat menguji keimanan dan ketaqwaan manusia kepada Allah SWT
  5. Pembayaran dan pengagihan zakat dapat menghubungkan silaturrahim dikalangan masyarakat yang berlainan tingkat kekayaan
  6. Zakat juga merupakan bukti kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmatnya yang melimpah ruah
  7. Zakat dapat memberi kekuatan rohani dan jasmani penerima zakat seperti mualaf. penanggung hutang dan musafir
  8. Satu cara untuk memelihara harta daripada dicerobohi, didengki, hilang begitu sahaja






SYARAT WAJIB ZAKAT


Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja





          




Pengertian Islam

Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

Pengertian merdeka

Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat.

Sempurna milik

Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat

Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

Cukup nisab

Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

Cukup haul

Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Niat untuk berniaga

Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar Zakat Perniagaan









Sunday 13 September 2015

JENIS ZAKAT

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.







Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-taubah, ayat ke-88, (9:88):
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.










  • https://www.youtube.com/watch?v=JnVTy3uD1bI

ZAKAT HARTA DI MALAYSIA

Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia: